PM Sampai Sumbangan Untuk Huzz, Harap Mampu Ringankan Beban

LocalPolitics
21 May 2024 • 8:40 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ahmad Farhan Fauzi menyampaikan sumbangan kepada Huzz bagi pihak Perdana Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbesar hati menghulurkan sumbangan kepada wartawan hiburan terkenal, Huzz yang kini sudah beberapa bulan terlantar di hospital akibat kanser usus.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi.

“Hari ini Setiausaha Politik saya, Ahmad Farhan Fauzi telah menziarahi wartawan hiburan, saudara Huzz yang popular ketika era 80an-90an dahulu menerusi penulisan berkaitan dunia artis tanahair.

“Namun empunya badan atau nama sebenarnya, Kamal Huzaini kini terlantar di Hospital Kuala Lumpur akibat menderita kanser usus tahap empat. 

image is not available

“Selain bertanyakan khabar, Farhan turut memberikan sedikit bantuan dari pihak saya bagi meringankan beban yang ditanggung. 

“Saya amat berharap pemberian ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada saudara Huzz, Insya-Allah,” kongsi Anwar menerusi satu hantaran di akaun Facebook milik beliau sebentar tadi.

Pada hantaran yang sama, Perdana Menteri  turut menyertakan beberapa keping foto sesi lawatan setiausaha politiknya itu. - Getaran, 21 Mei 2024

Foto : Facebook Anwar Ibrahim