PM saran universiti kembangkan kursus digital, AI dalam pelbagai jurusan

LocalPolitics
30 Aug 2024 • 3:22 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
ANWAR

Semua universiti di negara ini diminta mengembangkan kursus digital dan kecerdasan buatan (AI) kepada pelajar di luar jurusan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) seperti jurusan sastera, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ia bagi menangani isu kekurangan jurutera dalam bidang berkenaan, untuk memenuhi keperluan industri susulan pelaburan beberapa syarikat teknologi gergasi antaranya Amazon, Google, Microsoft dan Infineon.

"Dulu kita kata (kursus digital dan AI) semuanya mesti lulusan Sains, Matematik dan sebagainya, tetapi ada juga keperluan untuk mengambil (pelajar) jurusan sastera bagi mengikuti sebahagian kursus ini.

"Ketika saya pergi ke India baru-baru ini, ada syarikat di sana kata tidak semua jurusan digital atau AI mesti lulusan kejuruteraan, ada sebahagainnya dalam lulusan sastera atau kursus-kursus terpilih yang boleh dijuruskan untuk keperluan spesifik," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Pecah Tanah 'Kerian Integrated Green Industrial Park' di Kerian, Perak. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved