
JEMPOL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan unit peranti satelit Starlink pertama kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Peranti itu akan digunakan UiTM kampus Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan menjadikannya institusi pendidikan tinggi (IPT) pertama di negara ini yang akan mengguna pakai teknologi berkenaan.
Ia diserahkan Perdana Menteri kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM Prof Dr Mohd Sazili Shahibi di reruai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sempena Karnival Segalanya Felda Peringkat Felda Wilayah Raja Alias di Dataran Seri Jempol di sini hari ini.
Turut hadir pada sesi berkenaan ialah Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.
SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more Media sebelum ini melaporkan kerajaan bercadang memasang 40 peranti satelit Starlink di IPT bagi membantu menaik taraf capaian Internet lebih baik di kampus.
Cadangan itu tercetus hasil persidangan video Perdana Menteri secara maya bersama Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX, Elon Musk, 14 Julai lepas.
Anwar yang juga Menteri Kewangan dilapor berkata IPT diberi keutamaan oleh kerajaan selepas menerima aduan daripada pelajar hasil lawatan beliau ke beberapa buah universiti di seluruh negara.

