PM seru budaya beri cenderahati kepada pemimpin dihentikan

1 Dec 2022 • 10:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 1 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak memberi sebarang cenderahati kepadanya.

Menerusi satu hantaran dalam laman Facebook rasminya, Anwar berkata budaya itu mesti dihentikan.

“Saya hargai niat baik saudara saudari semua tetapi ini tidak bersesuaian dengan etika pengurusan dan pimpinan serta ia membebankan rakyat,” katanya.

Anwar sebelum ini menolak menggunakan kereta jenis Mercedes S600 yang dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum beliau memasuki pejabat selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10, pada 24 November lepas.

Langkah itu diambil kerana beliau tidak mahu sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atasnya.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved