PM seru rakyat tolak naratif kebencian

LocalPolitics
23 May 2026 • 2:03 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: PM seru rakyat tolak naratif kebencian

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru golongan majoriti yang cintakan kedamaian agar bangkit bersuara menolak naratif kebencian dan fitnah yang cuba dimainkan kelompok minoriti terhadap masyarakat negara ini.

Beliau berkata keadaan semasa memperlihatkan seolah-olah wujud “tyranny of the minority” apabila ada segelintir pihak yang lantang, marah dan gemar menabur fitnah cuba menentukan kehendak mereka ke atas majoriti rakyat.

“Sekarang ini minoriti yang bising, marah, yang kejam, panaskan orang. Yang berhimpun, tanam kebencian, buat fitnah dan takutkan orang. Ini seolah-olah tyranny of the minority. Kezaliman, kekejaman golongan kecil yang memaksa golongan besar (majoriti).

“Saya ambil kesempatan ini menyeru… sudah sampai ketikanya yang majoriti ini bersuara dari hati nurani mereka (supaya) selamatkan negara kita dan majukan semua,” kata beliau menerusi ucap tama pada majlis Wacana Harmoni MADANI sempena Hari Wesak, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook yang juga pengerusi bersama penganjur wacana itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh dan Presiden Majlis Perundingan Buddha Malaysia (MBCC) Lillian Chang. - 23 Mei, 2026

The post PM seru rakyat tolak naratif kebencian appeared first on Scoop.