PM solat Jumaat di Masjid Putra Perdana

Politics
17 Feb 2023 • 3:59 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Taman Putra Perdana di sini.

Anwar bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan bersama lebih 2,000 jemaah usai perdana menteri menjamu selera di Medan Selera Taman Putra Perdana.

Anwar turut mendengar khutbah bertajuk ‘Israk Mikraj: Amanah dan Tanggungjawab Solat’ yang disampaikan Imam masjid Muhammad Syazwan Hilmi.

Selepas menunaikan solat Jumaat yang diimamkan Muhammad Syazwan, perdana menteri meluangkan masa bersalaman dan beramah mesra dengan para jemaah. -Bernama