PM tekad pastikan persekitaran sekolah baik, terurus

11 Aug 2024 • 10:29 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar Ibrahim

image is not available
Ahmad Farhan ketika meninjau keadaan fasiliti di SMK Sultanah Hajjah Kalsom di Kuantan, Pahang.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad memastikan persekitaran sekolah di seluruh negara sentiasa berada dalam keadaan baik.

"Insya-ALLAH saya akan terus pastikan persekitaran di setiap sekolah seluruh negara sentiasa dalam keadaan baik dan terurus, sekali gus membolehkan anak-anak fokus kepada pelajaran," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Turut dipaparkan di Facebook itu ialah gambar-gambar Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi sedang meninjau keadaan fasiliti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajjah Kalsom di Kuantan, Pahang.

**media[2760996]**

Perdana Menteri memaklumkan Ahmad Farhan melakukan tinjauan itu semasa beliau mewakilinya pada sesi Ziarah Kebajikan di Indera Mahkota, Kuantan baru-baru ini.

Pada sesi tinjauan itu, Ahmad Farhan juga beramah mesra dengan ibu bapa, guru dan pelajar sekolah terbabit. - Bernama

View Original Article