PM tekankan nilai kemanusiaan, kebersamaan rakyat di perantauan

LocalPolitics
20 Jan 2025 • 11:58 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar berucap pada majlis santai bersama diaspora Malaysia di Brussels, Belgium seperti dikongsikan dalam catatan terbaharunya di Facebook.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan menghormati dan menjuarai nilai kemanusiaan dalam usaha membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang bertamadun dan berjaya pada masa hadapan.

"Namun, perkara itu sukar berlaku jika rakyat, khususnya golongan belia dan anak muda, masih melayan budaya terlalu selesa, tidak mahu berubah malah terpedaya dengan mainan politik murahan sesetengah pihak,” katanya dalam majlis santai bersama diaspora Malaysia di Brussels, Belgium seperti dikongsikan dalam catatan terbaharunya di Facebook.

Anwar, yang kini dalam rangka lawatan kerja selama dua hari ke Belgium, turut menyeru rakyat Malaysia di luar negara agar berganding bahu bersama semua pihak dalam usaha membangun dan memajukan negara.

"Justeru, nasihat saya adalah untuk terus membangun dan berjaya, perlunya kebersamaan daripada semua pihak termasuk anak jati Malaysia yang berada di luar negara agar negara tidak ketinggalan di persada dunia,” tambahnya.

Majlis itu dihadiri kira-kira 200 rakyat Malaysia yang berada di negara itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved