PM Teliti Saranan G70 Mengenai Malaysia MADANI

Politics
5 Jul 2023 • 9:54 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar Ibrahim memaklumkan dalam pertemuan itu beliau mendengar dan meneliti saranan G70 bagi membantu serta memberikan naratif yang positif untuk kefahaman dan aplikasi menyeluruh terhadap usaha Malaysia MADANI - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Pertubuhan Profesor G70 yang diketuai Penasihatnya Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar di pejabat beliau di Putrajaya.

Menerusi catatan di Facebook hari ini, Perdana Menteri memaklumkan dalam pertemuan itu beliau mendengar dan meneliti saranan G70 bagi membantu serta memberikan naratif yang positif untuk kefahaman dan aplikasi menyeluruh terhadap usaha Malaysia MADANI.

“Saya menyambut baik dan meraikan segala bentuk idea dan syor bagi merealisasikan impak dan aplikasi Malaysia MADANI kepada rakyat Malaysia, pelbagai peringkat umur dan taraf kehidupan. 

“Insya-Allah syor dan saranan daripada G70 akan diperhalusi dan diterjemahkan kepada tindakan bagi manfaat serta kebaikan kepada rakyat dan negara,” katanya. 

Beliau turut meminta semua pihak meneruskan usaha berkarya dan berbakti untuk kebaikan bersama. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved