PM terima kunjungan MB Kelantan: Bincang kebajikan rakyat

LocalPolitics
24 Feb 2025 • 5:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar menerima kunjungan hormat Mohd Nassuruddin di Perdana Putra, Putrajaya pada Isnin. Foto FB Anwar

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar kepedulian terhadap kebajikan rakyat, terus menjadi keutamaan dan diuruskan dengan baik.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya, Anwar berkata, hari ini beliau menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud di Perdana Putra, Putrajaya.

Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri berkata, beliau dan Mohd Nassuruddin membincangkan usaha untuk meningkatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

"Antara isu yang dibincangkan termasuk perkembangan projek tebatan banjir, pembangunan di sempadan, serta projek infrastruktur seperti penjajaran jalan dan pengurusan air.

"Saya juga titipkan pesanan agar kepedulian terhadap kebajikan rakyat perlu terus menjadi keutamaan dan diuruskan sebaiknya,” kata beliau. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved