PM Timang Cucu Ke-13

Politics
30 May 2023 • 5:05 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar memangku cucunya yang baharu dilahirkan oleh anak keduanya, Nurul Nuha. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimang cucu ke-13 hari ini.

Menerusi hantaran ringkas di Facebook, Anwar memaklumkan bayi itu dilahirkan anak keduanya, Nurul Nuha.

“Syukur ke hadrat Ilahi tatkala saya dan Azizah hari ini menerima kehadiran cucunda ke-13. Alhamdulillah.

“Tahniah anakanda Nuha dan Khairul,” katanya.

Selain Nurul Nuha, lima lagi anak Perdana Menteri ialah Nurul Izzah, Muhamad Ihsan, Nurul Ilham, Nurul Iman dan Nurul Hana.

Pada 12 April lalu, beliau menimang cucu-12, iaitu anak kepada pasangan Nurul Ilham dan Mitsuru Luqman Watanabe. 

Bayi perempuan itu diberi nama Nurul Isra Mitsuki. - Getaran, 30 Mei 2023