PM: Tindakan afirmatif harus dilanjutkan daripada berasaskan kaum kepada berasaskan keperluan

Politics
21 Aug 2023 • 6:20 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Dasar tindakan afirmatif harus dilanjutkan daripada berasaskan kaum kepada berasaskan keperluan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar).

Dalam satu wawancara eksklusif dengan “The CNBC Conversation” Jumaat lepas (18 Ogos), Anwar berkata jika dasar itu dilihat terlalu menumpukan kepada kaum, ia akan menimbulkan kemarahan dan kebimbangan dalam kalangan rakyat.

“Ia bukannya isu untuk memansuhkan (hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera) , ia adalah isu yang menumpukan kepada bidang yang penting untuk mereka. Kami tidak boleh bercakap mengenai meritokrasi tulen antara pedalaman Sarawak kepada sekolah-sekolah utama di Kuala Lumpur.

Saya fikir hujah sama diguna pakai (kepada dasar tindakan afirmatif). Jika anda tumpukan kepada isu keperluan, keadilan dan kesaksamaan maka kami boleh meneruskan dengan dasar tindakan afirmatif ini,“ katanya kepada pengacara Martin Soong ketika mengulas mengenai hak keistimewaan orang Melayu.

Mengambil contoh kepada Dasar Ekonomi Baharu yang diperkenalkan kerajaan sebelumnya, Perdana Menteri berkata kritikan yang sering dilemparkan kepada dasar itu ialah ia digunakan oleh rejim sebelum ini untuk mengayakan anak-anak dan keluarga mereka.

“Saya perlu untuk menoktahkan amalan ini ... jika dasar ini sebagai contoh untuk menghasilkan usahawan baharu, untuk menyediakan pendidikan berkualiti untuk mereka yang tidak berkemampuan, maka ia merupakan sesuatu yang pada minda saya bukan sahaja munasabah tetapi ia sangat mustahak,” katanya. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved