PM titipkan kata semangat buat Harimau Malaya

LocalFootball
24 May 2025 • 11:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar bersama pemain, jurulatih dan pengurusan Harimau Malaya selepas melawat hotel penginapan pasukan kebangsaan di Johor Bahru. Foto: FB FAM

USAI Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengambil kesempatan untuk bertemu skuad Harimau Malaya yang sedang menjalani latihan di Johor Bahru.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar menitipkan kata-kata semangat kepada skuad kebangsaan itu yang bakal berdepan perlawanan penting dalam pusingan kelayakan akhir Piala Asia 2027 menentang Vietnam, bulan depan.

“Seluruh rakyat Malaysia akan berdiri teguh di belakang kalian, memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi,” katanya ringkas.

Pada bulan lalu, pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski, menyatakan keyakinan bahawa pasukannya mempunyai keupayaan untuk menewaskan skuad Naga Emas dalam perlawanan penting Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun ini.

Untuk rekod, Malaysia tewas dalam lima pertemuan terakhir menentang Vietnam dalam semua kejohanan, termasuk kekalahan 3-0 dalam aksi peringkat kumpulan Piala ASEAN 2022 (dahulu dikenali sebagai Piala AFF). - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved