PM: Tolak perpecahan, permusuhan, lonjak potensi negara bersama

16 Sep 2024 • 12:03 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 16 SEPT: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia menghayati erti penubuhan Malaysia yang bebas dan merdeka serta menolak perpecahan dan permusuhan sempena sambutan Hari Malaysia, hari ini.

Perdana Menteri dalam catatan di Facebooknya hari ini turut mahu seluruh rakyat Malaysia menjulang kebersamaan bagi melonjakkan potensi dan keupayaan negara pada tahap tertinggi.

Beliau berkata sambutan Hari Malaysia yang diraikan saban tahun harus menjadi cetusan semangat dan manifestasi perpaduan selain menzahirkan kecintaan mendalam terhadap tanah air dalam kalangan rakyat merentasi kaum, agama dan budaya.

“Selama 61 tahun, negara Malaysia yang kita cintai telah terbentuk, dan dalam tempoh itu, pelbagai rintangan yang mematangkan telah berjaya kita tempuhi bersama-sama.

“Selamat menyambut Hari Malaysia Ke-61,” kata Anwar.

Hari Malaysia yang disambut 16 September setiap tahun diadakan bagi memperingati pembentukan Malaysia pada 1963.

Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah, malam ini.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved