PM Tunai Solat Jumaat Di Masjid An Naim, Kampung Jalan Kebun

LocalPolitics
26 May 2023 • 3:50 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid An Naim, Kampung Jalan Kebun di sini. - Gambar Bernama

SHAH ALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid An Naim, Kampung Jalan Kebun di sini.

Ketibaan beliau kira-kira 1 tengah hari disambut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu yang juga Ahli Parlimen Kota Raja dan Ahli Dewan Undangan Negeri  Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni serta jemaah yang lain.

Solat Jumaat dipimpin oleh Imam Mohd Hafiz Hussain yang menyampaikan khutbah bertajuk, “Kesucian Kalimah Allah yang Maha Agung” kepada kira-kira 3,000 jemaah yang hadir.

Selesai solat, Perdana Menteri meluangkan masa beramah mesra dengan jemaah yang hadir serta makan tengah hari di masjid tersebut. - Bernama