PM Turun Padang Esok, Tinjau Situasi Banjir Di Kelantan

Politics
27 Dec 2023 • 6:48 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan turun ke Pantai Timur khususnya di Kelantan bagi meninjau situasi banjir di negeri itu, esok.

Foto: Berita Harian

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook miliknya, Anwar berkata situasi banjir di negeri itu kini semakin membimbangkan.

“Insya-Allah esok saya akan turun ke Kelantan bagi meninjau sendiri situasi yang semakin membimbangkan di sana.

“Semoga Allah segera mengangkat bencana ini,” katanya.

image is not available

Foto: mStar

Sementara itu, beliau sempat berbincang bersama rakan sejawat Srettha Thavisin di Phuket, Thailand semalam berhubung pelancongan Malaysia-Thailand.

“PM Srettha menyatakan kesediaan Thailand untuk mempromosikan pelancongan Phuket, Langkawi dan kawasan lain di utara Semenanjung negara secara bersama memandangkan peningkatan mendadak pelancong Malaysia ke Thailand,” ujarnya.

Selain itu, kedua-duanya turut bersetuju untuk menyegerakan Projek Jalan Sadao-Bukit Kayu Hitam serta Projek Jambatan Sungai Golok-Rantau Panjang.

image is not available

Foto: FB Anwar Ibrahim

“Saya dan PM Srettha juga sepakat untuk bersama-sama membangunkan wilayah selatan Thailand dan utara Semenanjug secara lebih pesat.

“Ia sekaligus menjamin limpahan ekonomi dan kemakmuran buat rakyat di kedua-dua wilayah ini,” kongsinya.

Dalam pada itu, Anwar menyatakan jawatankuasa khas peringkat tertinggi antara kedua-dua negara perlu melaporkan kemajuan projek dan perkara yang telah dipersetujui pada pertengahan bulan depan.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved