PM ucap Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik

16 May 2023 • 11:37 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh guru dan warga pendidik di negara ini.

Bersempena sambutan Hari Guru hari ini, Anwar turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas ilmu dan bakti yang diberikan oleh guru-guru yang pernah mendidik beliau.

“(Tanggal) 16 Mei adalah tarikh besar tatkala kita mengenang dan mengimbau jasa dan pengorbanan guru membangun bangsa dan masyarakat.

“Semoga ilmu yang dicurahkan memanusiakan kita dan kepada guru-guru yang pernah mendidik saya, komitmen dan keringat kalian amat saya sanjungi. Terima kasih atas ilmu dan bakti yang diberi,“ katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini dengan turut memuat naik poster ucapan Hari Guru.

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 bertemakan ‘Guru Insani Pemangkin Generasi Madani’ diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka hari ini. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved