PM ucap Selamat Hari Ibu

12 May 2024 • 9:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Perdana Menteri turut memuat naik dua keping gambar beliau memeluk Allahyarham ibu dan isteri tercinta.

KUALA LUMPUR - Bersempena sambutan Hari Ibu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melepaskan peluang menitip penghargaan kepada semua wanita bergelar ibu khususnya kepada Allahyarham ibu beliau, Che Yan Hamid Hussein dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menerusi hantaran di laman Facebook malam ini, Anwar menzahirkan ucapan terima kasih atas segala pengorbanan, penat lelah dan nasihat yang tidak putus-putus diberikan oleh seorang ibu demi kasih sayang kepada anak-anak.

"Kenanglah jasa ibu kita. Dakaplah tubuhnya dan kucuplah tangannya setiap saat selagi Yang Maha Esa mengizinkan waktu untuk kita bersama ibu,” kata beliau.

Perdana Menteri turut memuat naik dua keping gambar beliau memeluk Allahyarham ibu dan isteri tercinta.

Hari Ibu disambut di seluruh dunia pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved