PM ucap Selamat Hari Malaysia, pemangkin perpaduan rakyat

LocalPolitics
16 Sep 2022 • 10:04 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Perdana Menteri mendoakan supaya Keluarga Malaysia terus menjunjung semangat integrasi nasional, kesetiaan kepada raja dan negara serta Malaysia terus dipelihara dalam keamanan dan kemakmuran. - Foto Facebook Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tanggal keramat 16 September sempena Hari Malaysia pada Jumaat wajar dijadikan titik tolak bagi menyemarakkan lagi perpaduan, keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran sesama rakyat negara berteraskan nilai Keluarga Malaysia.

Dalam ucapan ringkas sempena hari memperingati pembentukan Malaysia, Perdana Menteri mendoakan supaya Keluarga Malaysia terus menjunjung semangat integrasi nasional, kesetiaan kepada raja dan negara serta Malaysia terus dipelihara dalam keamanan dan kemakmuran.

"Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2022 kepada seluruh Keluarga Malaysia di mana jua anda berada... Selamat Hari Malaysia Keluarga Malaysia - Teguh Bersama!,” katanya dalam catatan di Facebook beliau pada Jumaat.

Perdana Menteri dijadual menghadiri dan memberi ucapan pada sambutan Hari Malaysia 2022 peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka malam Jumaat.

Ia juga merupakan sambutan peringkat kebangsaan julung kali diadakan di Semenanjung. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved