PM ucap selamat Hari Sarawak

LocalPolitics
22 Jul 2022 • 12:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat Hari Sarawak kepada seluruh Keluarga Malaysia Sarawak yang menyambutnya hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Ismail Sabri berkata, tarikh 22 Julai amat istimewa bagi memperingati tarikh penyerahan pentadbiran negeri itu kepada anak watan Sarawak.

Perdana Menteri turut menzahirkan rasa bangga terhadap arus pembangunan dan kemajuan yang banyak dikecapi oleh negeri itu.

"Semoga Sarawak sentiasa makmur dan harmoni selamanya.

"Semoga Sarawak terus maju, makmur dan mengekalkan perpaduan yang utuh demi kesejahteraan bersama," katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved