PM Ucap Selamat Hari Thaipusam Kepada Penganut Hindu

LocalPolitics
5 Feb 2023 • 11:06 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
PM Anwar mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut dan masyarakat Hindu. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut dan masyarakat Hindu.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, perayaan serta kepelbagaian budaya di Malaysia adalah hujah ampuh untuk saling mengenal dan membina persefahaman tatanan negara bangsa yang majmuk.

“Selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut dan masyarakat Hindu.

“Mari bersama kita mengukuh perpaduan dan kerukunan demi pertiwi tercinta,” katanya.

Semalam, Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, pihaknya menjangkakan lebih 300,000 pengunjung berada di Batu Caves di sini, sempena perayaan Thaipusam.

Katanya, seramai 1,888 pegawai dan anggota polis turut ditempatkan di Batu Caves sepanjang sambutan itu.

Pada masa sama, Sasikala menasihatkan pengunjung yang hadir di Batu Caves agar tidak meletakkan kenderaan di tepi jalan kerana ia akan mengganggu laluan pergerakan pedati.

Thaipusam yang dirai pada bulan 'Thai', bulan ke-10 dalam kalendar Tamil, disambut penganut agama Hindu sempena memperingati kelahiran Dewa Murugan. - Getaran, 5 Februari 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved