PM ucap selamat Tahun Baharu Tamil, Hari Vaisakhi dan Vishu

LocalPolitics
13 Apr 2024 • 7:46 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Tamil, Hari Vaisakhi dan Vishu kepada semua masyarakat Tamil dan Sikh serta komuniti Malayalee yang menyambut perayaan itu.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar mendoakan supaya tahun ini akan terus membawa sinar keceriaan dan kesejahteraan kepada mereka yang meraikannya.

“Terus semarakkan semangat perpaduan yang menjadi tunjang kekuatan negara kita,” katanya.

Tahun Baharu Tamil ialah hari pertama dalam tahun mengikut kalendar Tamil, manakala Vaisakhi menandakan musim menuai berdasarkan kalendar masyarakat Sikh dan Punjabi, sementara Vishu ialah sambutan tahun baharu bagi kumpulan etnik Malayalee dan disambut pada hari pertama bulan Medam dalam kalendar Malayalee.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved