PM ucap tahniah, doa dilimpahi rahmat sempena ulang tahun kelahiran Agong

4 Jun 2023 • 11:01 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR , 4 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda esok.

Anwar, bagi pihak Kerajaan Perpaduan, turut mendoakan agar Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta seluruh kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat, hidayah, berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan,” katanya dalam hantaran di laman Facebook rasmi beliau hari ini.

Perdana Menteri turut berharap agar Seri Paduka kekal qarar memerintah dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara selaras fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam, lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di Malaysia.

— BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved