PM ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Sultan Perak

LocalPolitics
4 Nov 2022 • 4:36 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sempena sambutan ulang tahun keputeraan rasmi baginda, hari ini.

Ismail Sabri menzahirkan ucapan itu kepada baginda menerusi akaun Facebook rasminya.

“Didoakan semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku dan sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera mentadbir negeri serta rakyat jelata.

“Dirgahayu Tuanku,” katanya.

Bersempena Hari Keputeraan Sultan Perak, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali mendahului senarai 212 penerima Darjah Kebesaran dan Pingat.-Bernama