PM ucap tahniah sempena ulang tahun Keputeraan Sultan Sallehuddin

LocalPolitics
18 Jun 2023 • 11:44 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-81 hari ini.

Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri mendoakan Sultan Sallehuddin dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Semoga Duli Tuanku kekal karar memerintah rakyat Kedah Darul Aman dengan adil dan saksama.

“Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi,” katanya. - Bernama