PM ucap takziah atas pemergian Fajim Juffa

2 Aug 2022 • 1:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob merakamkan ucapan takziah atas pemergian jurulatih pesawat jenis Piper 28-161, Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, yang maut dalam nahas di Sungai Rokam, Ipoh, perak pada malam Isnin.

Beliau mendoakan agar keluarga Allahyarham Fajim Juffa diberikan ketabahan setelah kehilangan insan tersayang.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

“Saya juga mendoakan seorang lagi, Muhammad Din Fikri Zainal Abidin yang mengalami kecederaan agar segera pulih," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan pesawat ringan Piper 28 yang berlepas dari Bats Aviation Sdn Bhd (BATS) terhempas di Jalan Raja Dr Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng, Ipoh, Perak.

Pada masa yang sama, ketua jurulatih penerbangan, Muhammad Din Fikri, 62, yang terselamat kini masih menerima rawatan di hospital akibat kecederaan di kepala dan badan.

Pesawat jenis Piper 28-161 bernombor pendaftaran 9M-BAA dengan muatan dua individu itu dikendalikan di BATS yang mempunyai pusat latihan penerbangan di negeri berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved