PM ucap takziah atas pemergian S.Subramaniam

LocalPolitics
6 Jul 2022 • 8:08 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan takziah atas pemergian bekas Timbalan Presiden MIC Tan Sri S. Subramaniam, 78, yang meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya, Selangor malam ini.

Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook berkata mendiang, yang juga bekas Ahli Parlimen Damansara dan Ahli Parlimen Segamat, banyak menabur bakti kepada Keluarga Malaysia.

“Mendiang juga banyak berjasa kepada negara semasa berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di tiga kementerian iaitu Kementerian Pertanian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mendiang dan saya berharap semoga mereka tabah atas kehilangan orang yang tersayang,” katanya.

Ahli Majlis Tertinggi MIC L. Sivasubramaniam, ketika mengesahkan berita duka tersebut, berkata mendiang yang pernah diserang strok pada 2011 dan terlantar sejak itu meninggal dunia dalam tidur pada kira-kira 8 malam.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved