PM Ucap takziah bagi pihak Malaysia kepada China dan keluarga Li Keqiang

Politics
31 Oct 2023 • 7:28 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia kepada keluarga bekas Perdana Menteri China Li Keqiang atas pemergiannya minggu lepas.

Anwar menerusi akaun X nya berkata Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan beliau amat bersedih dengan pemergian bekas pemimpin China itu.

“Pemergian beliau adalah kehilangan besar China dan saya tidak ada keraguan terhadap legasi beliau yang mengukuhkan hubungan dua hala (Malaysia-China), harus diingati sentiasa.

Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya mengucapkan takziah dan simpati kepada Puan Cheng Hong dan keluarga serta rakyat China,” katanya.

Menurut laporan media, Li, 68, meninggal dunia pada Jumaat selepas mengalami serangan jantung.

Beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri China dari 2013 hingga 2023 dan juga merupakan orang kedua paling berkuasa dalam parti pemerintah, Parti Komunis China dari 2012 hingga 2022. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved