PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Prof Emeritus Mohd Kamal

LocalPolitics
23 Feb 2023 • 11:31 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mantan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan meninggal dunia, hari ini. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mantan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan yang meninggal dunia, hari ini.

Menurut beliau, Mohd Kamal merupakan tokoh pemikir Islam yang banyak memberikan sumbangan besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan modal insan.

Justeru, katanya, kehilangan ini meninggalkan bekas yang mendalam kepada sanubari umat Islam.

“Terima perkhabaran duka mantan Rektor UIAM Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.

“Salam takziah kepada keluarga dan semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Allahyarham yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dilahirkan pada 1942 di Pasir Mas, Kelantan, dan mendapat ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Universiti Malaya pada tahun 1965.

Beliau kemudiannya menyambung pengajian peringkat sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah dari Columbia University, New York pada tahun 1975.

Pada Februari tahun lalu, Mohd Kamal dilantik sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Allahyarham juga pernah memegang jawatan sebagai Rektor UIAM pada tahun 1999 sehingga 2006.

Beliau turut berperanan sebagai Pengerusi, Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam, sebuah lembaga yang ditubuhkan dengan perkenan Majlis Raja-Raja. – Getaran, 23 Februari 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved