PM ucap takziah kepada Sheikh Al-Azhar

LocalPolitics
15 Nov 2024 • 12:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar merakamkan ucapan takziah kepada Imam Besar Al-Azhar Al-Sharif (Sheikh Al-Azhar) Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb atas pemergian kakak beliau semalam. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada Imam Besar Al-Azhar Al-Sharif (Sheikh Al-Azhar) Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb atas pemergian kakak beliau semalam.

"Saya baru saja bertemu Dr Ahmad semasa lawatan ke Mesir. Semoga ALLAH mengurniakan Syurga Firdaus kepada Allahyarham dan memberikan kesabaran serta ketabahan kepada keluarga Dr Ahmad atas kehilangan itu.

"Doa dan ingatan saya bersama beliau. Al-Fatihah,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Menurut laman sesawang Muslim Council of Elders, kakak Dr Ahmad, Samiha Mohammed Ahmad Al-Tayyeb meninggal dunia semalam. - Bernama