PM ucap taniah sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

LocalPolitics
14 Jan 2026 • 11:02 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

“Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Duli Tuanku. Daulat Tuanku,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah tahniah kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-78 hari ini.

Anwar turut mendoakan Tuanku Muhriz, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan seluruh kerabat diraja sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, lindungan Allah SWT, dipanjangkan usia dan terus memayungi negeri dengan kebijaksanaan.

“Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Duli Tuanku. Daulat Tuanku,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

Sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Kecil Muda Tunku Datuk Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin mendahului senarai 532 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat dengan dianugerahkan Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang yang membawa gelaran Datuk Seri.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti hari ini bagi sesi pertama manakala sesi kedua dijadualkan pada 20 Jan diikuti sesi ketiga 27 Jan.

View Original Article