PM Umum Anggota Kabinet Jam 8.15 Malam Ini

Politics
2 Dec 2022 • 6:21 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar Ibrahim - Gambar oleh Syeda Imran

KUALA LUMPUR - Pengumuman senarai ahli Jemaah Menteri pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan ke jam 8.15 malam ini.

Perkara itu disahkan oleh Anwar menerusi satu hantaran ringkas di Facebook milik beliau.

“Insya-Allah jam 8.15 malam ini saya akan mengumumkan saf kepimpinan baharu Kabinet kerajaan perpaduan. Nantikan,” katanya.

Terdahulu, pengumuman itu dijangka berlangsung sekitar jam 6 petang.

Sementara itu, Bernama turut berkongsi gambar Perdana Menteri tiba di bangunan Perdana Putra dekat Putrajaya sebelum jam 4.30 petang.

Sebelum itu, Anwar semasa di Tambun, Perak memaklumkan beliau akan mendedahkan senarai Kabinetnya hari ini.

Katanya, anggota Kabinet baharu akan dipanggil untuk menghadiri mesyuarat khas pada Isnin depan.

Anwar menjelaskan dalam mesyuarat itu, beliau akan menetapkan beberapa kod etika dan tatasusila untuk anggota Kabinet.

“Pada Isnin ini, saya sendiri akan memanggil mesyuarat dan menetapkan beberapa peraturan untuk Kabinet.

“Peraturan mengenai kelakuan mereka, mengenai tadbir urus kementerian masing-masing, bagaimana untuk melibatkan diri dengan penjawat awam, cara mereka mengumumkan dasar awam, dan bagaimana untuk mengelakkan pembaziran dana awam,” katanya.

Semasa ucapannya, Anwar berkali-kali menegaskan bahawa Kabinetnya akan menumpukan usaha menggiatkan semula ekonomi dan menangani ketidaksamaan ekonomi secara menyeluruh.

Selain itu, Anwar berkata, mereka juga akan menumpukan agenda untuk meningkatkan kualiti pendidikan, mengurangkan kebergantungan kepada import makanan, dan mengurangkan kos sara hidup.

Katanya, walaupun pentadbirannya mempunyai ratusan calon berkaliber tinggi untuk mengisi peranan menteri, beliau menegaskan saiz Kabinetnya akan dikecilkan bagi membolehkan tadbir urus yang lebih baik dan mengelakkan pembaziran dana awam. – Getaran, 2 Disember 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved