PM Umum Bantuan Segera Disalur Kepada Mangsa Banjir Sabah & Sarawak

LocalPolitics
31 Jan 2025 • 7:06 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim umum bantuan segera disalur kepada mangsa banjir Sabah dan Sarawak bagi meringankan beban yang ditanggung.

image is not available

Kredit foto: FB Anwar Ibrahim

Beliau menyatakan setiap keluarga yang terjejas akibat banjir, kebakaran, dan tanah runtuh akan menerima bantuan tunai sebanyak RM1,000 dan mengarahkan maklumat berkaitan disegerakan supaya bantuan dapat disalurkan dengan cepat.

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan bahawa kerajaan telah memperuntukan dana tambahan sehingga RM20 juta atau RM24 juta untuk membantu membaiki kerosakan disebabkan bencana yang berlaku.

“Bantuan ini tidak bergantung kepada negeri atau musim tertentu, tetapi atas dasar tanggungjawab kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela,” katanya.

image is not available

Kredit foto: FB Anwar Ibrahim

Perkara tersebut disampaikan beliau sewaktu berucap di Majlis Kenduri Rakyat di Ipoh, Perak.

Difahamkan, Situasi banjir di Sabah petang ini kian memburuk apabila jumlah keseluruhan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 5,725 orang (setakat tengah hari) berbanding 4,990 orang pada 12 tengah malam tadi.

Sebanyak 10 daerah terlibat iaitu Kota Marudu, Tongod; Telupid; Sandakan; Kota Belud; Lahad Datu; Beluran; Paitan; Pitas serta Beaufort dan Kota Marudu terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,944 mangsa daripada 1,095 keluarga.

Manakala, di Sarawak pula, Bintulu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 1,922 orang daripada 471 keluarga yang berlindung di enam PPS, diikuti di daerah Serian dengan 1,882 mangsa daripada 593 keluarga ditempatkan di 16 PPS (setakat semalam).

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved