PM Umum Nama Timbalan Menteri Jam 8.15 Malam Ini

Politics
9 Dec 2022 • 2:20 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar tiba di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur bagi menunaikan solat Jumaat, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan senarai nama timbalan menteri pada jam 8.15 malam ini.

Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, pengumuman itu akan dibuat selepas beliau mengadap Yang di-Pertuan Agong petang ini.

image is not available
Anwar menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini hari ini.

“Saya akan menghadap Seri Paduka pada petang ini dan insya-Allah pada jam 8.15 malam, saya akan mengumumkan nama-nama timbalan menteri,” katanya.
Beliau berkata, demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini, hari ini. – The Vibes, 9 Disember 2022

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL.