PM ziarah Pengarah Bahagian Keselamatan Strategik PMO

LocalPolitics
31 Jan 2024 • 9:59 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi Pengarah Bahagian Keselamatan Strategik Pejabat Perdana Menteri Khairil Hilmi yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkata keadaan Khairil semakin pulih berbanding sebelum ini.

“Petang tadi menziarahi Pengarah Bahagian Keselamatan Strategik Pejabat Perdana Menteri saudara Khairil Hilmi yang kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

“Alhamdulillah, keadaan beliau kini bertambah pulih ketimbang sebelumnya. Mendoakan saudara Khairil Hilmi dikurniakan kekuatan dan kembali pulih, insya-Allah,” kata beliau. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved