
KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menziarahi Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang sedang dirawat di Wad Eksekutif di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Serdang.
“Alhamdulillah keadaan beliau bertambah baik.
“Mendoakan saudara Rafizi diberikan afiyah sesegera mungkin, Insya-Allah,’’ katanya menerusi hantaran di platform X miliknya.
Berkesempatan ziarahi Menteri Ekonomi, saudara Rafizi Ramli yang sedang dirawat di hospital.
Alhamdulillah keadaan beliau bertambah baik. Mendoakan saudara Rafizi diberikan afiyah sesegera mungkin, Insya-Allah.#MalaysiaMADANI pic.twitter.com/nMV2H2ElfQ
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) February 19, 2024
Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan punca Rafizi dirawat di hospital.
Pada Oktober tahun lepas, Rafizi telah dilaporkan mengalami serangan jantung dan telah dirawat di hospital. Beliau kemudiannya menjalani pemasangan stent jantung. – 19 Februari, 2024
The post PM ziarah Rafizi di hospital appeared first on Scoop.


