WhatsApp Memperkenalkan Ciri Perkongsian WhatsApp Status Ke Facebook

TechnologyDigital
22 Sep 2019 • 11:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp sedia mempunyai perkongsian berformat “Stories” mereka tersendiri dinamakan WhatsApp Status. Melaluinya, ia membolehkan pengguna WhatsApp berkongsi gambar, video dan sebagainya bersama rakan-rakan dan kenalan, sebelum ia hilang selepas 24 jam.

Ciri seumpama sama turut disertakan oleh pemilik WhatsApp pada laman sosial mereka dibawah nama Facebook Stories.

image is not available

Terbaru, WhatsApp dilihat menyertakan sokongan memperkenalkan perkongsian terus WhatsApp Status ke Facebook Stories – sekaligus membolehkan pengguna di WhatsApp untuk menerbitkan kandungan yang sama ke akaun Facebook mereka.

image is not available

Untuk menggunakan ciri ini juga, pengguna perlu memastikan peranti mereka mempunyai aplikasi Facebook terpasang bersama-sama WhatsApp.

Ciri baru ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan dijangka diterima semua tidak lama lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved