PMR bantu usahawan, rangsang pertumbuhan ekonomi

LocalBusiness & Finance
12 May 2025 • 4:16 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Usaha membawa program pembangunan kerajaan Madani seperti Program Madani Rakyat (PMR) ke peringkat daerah memberi peluang kepada golongan usahawan tempatan mendapat maklumat berkaitan program keusahawanan yang dibawa oleh kerajaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perkara itu secara tidak langsung dapat mempromosi produk tempatan kepada masyarakat luar, sekaligus menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sektor pelancongan domestik.

“Usaha ini juga sebagai langkah mendekati dan mendampingi rakyat apabila aktiviti mempromosi program-program pembangunan Kerajaan Madani tidak hanya tertumpu di kawasan-kawasan tertentu sahaja.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Inilah bukti bahawa Kerajaan Madani tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat walau di mana pun mereka berada,” katanya sempena Majlis Program Madani Rakyat (PMR) 2025 Sabah di Dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT), pada Ahad.

Majlis penutupan program disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hajiji berharap Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (Kuskop) akan terus membantu dalam memperkasa pembangunan keusahawanan, khususnya Sabah.

Menurutnya, inisiatif keusahawanan yang direncana khusus di Sabah seperti Projek Premis Tamu Desa, usaha pendigitalan melalui Tekon TikTok Shop, pembiayaan sehingga RM800 juta, serta pembukaan Hab Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) oleh SME Corporation Malaysia, memberi impak positif kepada lebih 50, 000 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri ini.

“Inisiatif ehsan@Kuskop juga dilihat mampu membantu menoktahkan kemiskinan tegar melalui pendekatan intervensi bersasar yang melibatkan bimbingan, latihan, modal dan pemantauan menyeluruh.

“Pendekatan yang dibawa oleh KUSKOP ini turut memberi nilai tambah yang strategik kepada landskap keusahawanan tempatan.

“Justeru, saya berharap program ehsan@KUSKOP ini dapat diperluaskan lagi ke lain-lain daerah dan kawasan luar bandar di Sabah,” katanya lagi.

Hajiji juga mahu capaian perkhidmatan perbankan, terutamanya bagi agensi-agensi di bawah KUSKOP, diperluaskan.

“Saya berharap institusi seperti Bank Rakyat akan mempertimbangkan untuk membuka lebih banyak cawangan, atau sekurang-kurangnya meletakkan mesin ATM atau Automatic Teller Machine di kawasan luar bandar, sebagai kemudahan untuk rakyat, terutama golongan usahawan tempatan,” katanya.

Menurutnya, di peringkat negeri beberapa program yang berkaitan pembangunan keusahawanan turut disediakan kepada belia, antaranya Skim Jaya Usahawan Belia (Syabas) di bawah Kementerian Belia dan Sukan Sabah.

Manakala, di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, terdapat juga beberapa program yang menjurus kepada pembangunan keusahawanan dalam kalangan belia, seperti Bengkel Skim Usahawan Siswazah (BUSS) dan Bengkel Skim Usahawan Teknikal (BEST) yang masing-masing menyasarkan belia lepasan universiti dan lepasan institusi vokasional atau kemahiran.

“Kerajaan negeri melalui Yayasan Usaha Maju (YUM), sebuah agensi yang diwujudkan sejak 1995, terus membantu golongan peniaga dengan menawarkan pinjaman mikro kepada kumpulan sasar, termasuklah usahawan wanita yang memerlukan modal untuk memajukan perniagaan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kemajuan sektor keusahawanan bergantung rapat dengan prestasi ekonomi negeri dan negara.

“Sejak berakhirnya Pandemik Covid19 pada 2021, ekonomi Sabah yang sebelum itu jatuh merudum, menunjukkan perkembangan yang positif dengan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mula meningkat daripada RM 82.1 bilion pada tahun 2022, kepada RM 83.2 bilion pada 2023.

“Dan diunjurkan KDNK Sabah untuk 2024 ialah sebanyak RM 84.9 bilion. Ini jelas memperlihatkan keupayaan dan kesungguhan Kerajaan Negeri bukan sahaja dalam memulihkan semula ekonomi tetapi juga meletakkan prestasi ekonomi Sabah ditahap yang terbaik,” katanya.

Hajiji berkata, kerajaan juga komited untuk merancakkan lagi program membasmi miskin tegar di Sabah dan berjaya mengurangkan kadar miskin dan miskin tegar secara signifikan.

Katanya, kejayaan tersebut adalah hasil kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, dengan pelaksanaan beberapa inisiatif seperti Rumah Mesra SMJ, Sentuhan Kasih Rakyat Sabah dan dasar Kerajaan Negeri yang memberi keutamaan pengambilan pekerja dalam kalangan Ketua Isi Rumah (KIR) yang tergolong dalam miskin dan miskin tegar oleh agensi kerajaan negeri dan syarikat berkaitan kerajaan terpilih,”katanya.

Sehubungan itu, katanya, hubungan erat yang sedia terjalin antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat akan terus diperkukuhkan.

“Kita optimis, kerjasama dan hubungan akrab antara kedua-dua kerajaan, negeri dan persekutuan, adalah kunci kepada kejayaan kita bersama dalam mencapai matlamat masyarakat madani, iaitu masyarakat yang progresif, berilmu, berintegriti dan hidup dalam suasana makmur dan harmoni,” katanya.