PMVSB beri kerjasama penuh siasatan insiden ceroboh Merdeka 118

29 Dec 2022 • 1:45 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: PNB Merdeka Ventures Sdn Berhad (PMVSB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung tindakan pasangan yang memanjat ke puncak menara Merdeka 118.

PMVSB dalam kenyataan memaklumkan kerja-kerja pembinaan menara itu masih berjalan dan keselamatan menjadi keutamaan mereka.

“Siasatan sedang dijalankan. Sebagai milik persendirian, sebarang pencerobohan tertakluk di bawah peraturan dan undang-undang,” menurut kenyataan itu.

Berdasarkan laporan akhbar semalam, polis memaklumkan akan menjalankan siasatan terhadap pasangan berkenaan yang dipercayai menceroboh bagi memanjat menara itu dan kedua-duanya akan dipanggil untuk direkodkan keterangan.

Seorang daripada pasangan itu berkongsi gambar dalam laman web pada 26 Dis lepas memaparkan mereka berada di puncak menara Merdeka 118, yang merupakan bangunan kedua tertinggi di dunia, sebelum ia tular menerusi media sosial dan beberapa platform lain. - Bernama