Kenaikan harga beras mendadak menyebabkan pengguna dan peniaga membuat pembelian panik yang mengakibatkan bekalan beras di pasaran berkurangan.
Ramai pengguna terutamanya golongan B40 mengakui terkesan dan terjejas sehingga terpaksa mencatu makanan kerana tiada pilihan lain.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa 19 September 2023 memberi jaminan kepada rakyat bahawa tiada kenaikan harga beras tempatan.
Anwar menjelaskan, beliau telah mengarahkan menteri-menteri yang berkaitan turun padang untuk memantau harga barangan di pasaran.
“Walaupun kita beri jaminan harga beras tempatan tidak naik, tetapi ada laporan tentang kekurangan di beberapa tempat. Perkara ini mesti ditangani dengan baik.
“Cuma saya harap Ahli Yang Berhormat faham (contohnya) kenaikan harga bawang, fahamkanlah bahawa sejak Ogos lalu duti eksport bawang dari India naik 40 peratus.
“India buat keputusan naikkan duti eksport bawang dan tentunya kita yang membeli bawang dari India akan terkesan. Begitu juga dengan keputusan India pada bulan lalu yang mengehadkan beras putih,” katanya.
Bagi menangani masalah itu, kerajaan akan memberi tambahan subsidi bagi menjamin harga beras tempatan di paras yang rendah.
Sumber: Bernama
The post PMX beri jaminan kepada rakyat tiada kenaikan harga beras tempatan, arah menteri turun padang & pantau appeared first on The Reporter.


