PMX kena bahan dengan cucu sebab sokong Manchester United

LocalPolitics
3 Sep 2024 • 8:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

PMX kena bahan dengan cucu kerana menyokong Manchester United memandangkan prestasi kurang baik pasukan bola sepak tersebut pada musim ini.

Perkara tersebut dinyatakan Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sewaktu berucap dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan.

image is not available

PMX kena bahan dengan cucu, baik sokong Liverpool atau Arsenal

Menerusi video yang dikongsi di akaun media sosial rasmi beliau, Anwar mememaklumkan dirinya adalah penyokong pasukan The Red Devils itu namun sering menjadi bahan sindiran cucu-cucu yang memilih untuk menyokong pasukan Liverpool dan Arsenal.

@anwaribrahimofficial

Saya umum peruntukan berjumlah RM15 juta secara langsung langsung kepada pemain-pemain serta jurulatih pasukan Harimau Malaya, membabitkan sumbangan RM10 juta daripada Kerajaan dan RM5 juta daripada syarikat-syarikat korporat. Semoga dana ini akan membantu usaha menjulang prestasi pasukan Harimau Malaya menjadi antara gergasi bola sepak di Asia satu hari nanti, Insya-Allah. #MalaysiaMADANI #HarimauMalaya

♬ original sound - Anwar Ibrahim - Anwar Ibrahim

PMX kena bahan dengan cucu, MU dah ketinggalan zaman

Kata PMX, beliau tidak mampu untuk menukar sokongan ke pasukan-pasukan yang dinyatakan oleh cucu-cucunya dan tidak akan bersama mereka walaupun disindir sudah ketinggalan zaman kerana kegemilangan kelab tersebut sudah berlalu.

“Saya ini penyokong Manchester United, jadi cucu-cucu kata saya ini sudah ketinggalan zaman, kegemilangan kelab itu sudah berlalu.

“Saya kata tidak, saya tidak mampu lagi menukar pasukan. Mereka penyokong Arsenal, sebahagian kecilnya Liverpool. Saya kata tidak, saya tidak akan bersama dengan mereka,” ujar beliau.

image is not available

MU dimalukan di Old Trafford

Difahamkan, pasukan Manchester United telah dimalukan oleh Liverpool apabila dibelasah 0-3 Old Trafford.

Susulan daripada itu, masa depan pengurus pasukan, Erik Ten Hag bersama Manchester United menjadi spekulasi dalam kalangan penyokong memandangkan sudah mengalami kekalahan kedua daripada tiga perlawanan pada musim ini.

image is not available

Umum RM15 juta buat Harimau Malaya

Dalam berseloroh bercerita tentang situasi dihadapi apabila bertemu cucu-cucu, Anwar telah mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia telah menyalurkan dana berjumlah RM15 juta secara langsung langsung kepada pemain-pemain serta jurulatih pasukan Harimau Malaya, membabitkan sumbangan RM10 juta daripada Kerajaan dan RM5 juta daripada syarikat-syarikat korporat.

image is not available

Tindakan itu bagi memberi suntikan semangat supaya pasukan Harimau Malaya bangkit dan terus menyinar sekaligus mengharumkan nama negara.

Sumber: TikTok anwaribrahimofficial