PMX Lancar Inisiatif “Cerita Malaysia Kita” Sempena Kempen Visit Malaysia 2026

LocalTravel
3 Feb 2026 • 1:55 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Inisiatif pelancongan nasional “Cerita Malaysia Kita” secara rasmi dilancarkan di Sunway Lagoon pada Jumaat (30 Jan), sekali gus menjadi pembuka tirai kepada kempen Visit Malaysia 2026.

Majlis yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini menyokong usaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk memperkukuh jenama Malaysia sebagai destinasi yang mesra, berwarna-warni dan kaya dengan identiti tersendiri.

image is not available
Foto: BuzzKini/ Eshvar

image is not available
Foto: Sunway
image is not available
Foto: Sunway

Menurut Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah, inisiatif ini bukan sekadar promosi pelancongan, malah satu peringatan tentang keunikan Malaysia yang terbina daripada pelbagai kaum, budaya dan tradisi.

Pelancaran tersebut turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Perkongsian (MoP) antara Sunway Lagoon, Tourism Malaysia dan rakan korporat bagi memperkenalkan dua inisiatif utama iaitu:

  • Sunway Tiny Toys
  • Malaysia Attraction Passport (MAP)

Sunway Tiny Toys menampilkan koleksi barangan bertemakan elemen tempatan yang diinspirasikan daripada institusi dan infrastruktur negara, sebagai simbol penceritaan Malaysia sebagai sebuah negara muda. 

image is not available
Foto: BuzzKini/ Sofea

Antara rakan kerjasama terlibat termasuk Keretapi Tanah Melayu (KTMB), Pos Malaysia, Mamee‑Double Decker, Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON), Farm Fresh, Eraman Malaysia, Oriental Kopi, SUPER GT Malaysia, Toyest Holdings Limited dan The Weststar Group.

Sementara itu, program MAP menggalakkan pengunjung meneroka pelbagai tarikan ikonik di seluruh negara dengan kerjasama seperti:

  • Sunway Lagoon
  • Aquaria KLCC
  • Petrosains
  • Farm Fresh
  • Super GT Malaysia

Majlis pelancaran turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan dan muzik, pameran rakan kerjasama serta pertunjukan bunga api, sekali gus memberi pengalaman santai namun bermakna kepada para pengunjung yang hadir.

image is not available
Foto: BuzzKini/ Eshvar