PMX Maklum MAHB Diserang Penggodam, Tuntut Wang Tebusan RM45 Juta – “Malaysia Tidak Akan Tunduk Dengan Kemahuan Mereka”

LocalTechnology
25 Mar 2025 • 4:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa sistem digital pengelola lapangan terbang kebangsaan MAHB telah digodam, dengan kumpulan penggodam menuntut tebusan sebanyak $10 juta (~RM45 juta).

Dalam ucapannya sempena sambutan Hari Polis ke-218 di Kuala Lumpur pagi ini, beliau menyatakan bahawa insiden itu berlaku dalam tempoh satu atau dua hari lalu. Namun, kerajaan dan MAHB tidak akan tunduk kepada tuntutan tersebut.

image is not available

Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan akan menyalurkan lebih banyak dana bagi memperkukuh keselamatan sistem siber negara, walaupun butiran mengenai langkah peningkatan keselamatan ini masih belum didedahkan.

Buat masa ini, maklumat mengenai serangan ini masih terhad. Namun, berdasarkan perkongsian di media sosial, antara sistem yang terjejas termasuk paparan butiran penerbangan, kaunter daftar masuk, serta sistem pengendalian bagasi penumpang.

Gangguan tersebut berlarutan selama 10 jam, dan sehingga kini, pihak MAHB masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai insiden ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 hours ago

DBP Tegur Pihak Kerajaan Kerap Namakan Program Guna Bahasa Inggeris - "Tidak Menghormati Perlembagaan Persekutuan.."