PMX : Semua Warganegara Berumur 18 Ke Atas Akan Terima RM100 Bermula 31 Ogos 2025 Menerusi MyKAD

TechnologyDigital
23 Jul 2025 • 11:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan semua warganegara berumur 18 tahun ke atas akan menerima wang sebanyak RM100 bermula 31 Ogos 2025 ini, menerusi MyKad. Pemberian ini perlu digunakan sebelum 31 Disember 2025, dan perlu digunakan untuk pembelian barangan asas di 4100 kedai.

image is not available

Bantuan ini akan diberikan secara individu, membolehkan isi rumah menerima lebihan wang untuk dibelanjakan bagi pembelian barangan asas. Perdana Menteri menyasarkan ikhtiar baharu ini akan memanfaatkan lebih 22 juta rakyat Malaysia.

Disamping itu, Perdana Menteri turut mengumumkan tarikh 15 September 2025 sebagai cuti umum tambahan, dalam usaha mengalakkan lagi pelancongan dalam negara oleh rakyat tempatan.