PMX tular muncul ala ‘Thailavar’ gaya hero filem Tamil dalam ucapan Deepavali

LocalPolitics
7 Nov 2026 • 10:47 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: PMX tular muncul ala ‘Thailavar’ gaya hero filem Tamil dalam ucapan Deepavali

KUALA LUMPUR - Berdiri di tepi jalan dengan bateri kereta yang mati mungkin situasi menjengkelkan bagi sesiapa sahaja, namun detik malang buat pencipta kandungan Devaraj David itu bertukar menjadi antara babak perayaan paling menyentuh hati di media sosial musim ini.

Segalanya bermula dengan rungutan biasa seorang anak bujang. Dalam panggilan telefon bersama ibunya, Devaraj memberi pelbagai alasan untuk tidak pulang beraya ke kampung gara-gara rimas diasak soalan lazim: Bila hendak kahwin?.

Secara tiba-tiba, muncul figura berkarisma dengan lagak seorang ketua atau ‘Thalaivar’—tidak lain tidak bukan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Melihat pemuda itu merungut sendirian, Anwar menyapa dengan tenang, bertanyakan punca kekusutan di wajahnya.

https://www.tiktok.com/@ybmdsrr_/video/7704946008228171028?_r=1&_t=ZS-9BC4sMhJtYY

“Thalaivar, Amma saya sikit-sikit call, ‘Balik, balik, balik, balik! Kahwin, kahwin! Deepavali, Deepavali!’” luah Devaraj bersahaja, mengadu desakan ibunya.

Merenung mata pemuda berkenaan, Anwar menitipkan kata-kata jujur dari lubuk hatinya yang meruntun emosi, mengingatkan nilai seorang ibu yang tiada galang gantinya.

“Dei tambi, Amma ini yang kasih, yang cinta dengan you. You masih ada Amma, sayang dia. Saya sudah tak ada Amma,” luah Anwar dengan nada sebak namun penuh kelembutan.

Mengaitkan erti pesta cahaya dengan kemesraan sebuah keluarga, Perdana Menteri menambah:

“Tolong kasih peluk, sayang Amma. Deepavali ini ‘Light of The Lamp’… balik rumah cium Amma, tunjuk kasih dan jadi anak baik. Jadi, pergi balik sekarang.”

Mendengar nasihat yang menusuk kalbu itu, ego si anak bujang terus luntur. Devaraj akur sambil berjanji akan segera pulang ke dakapan ibunya.

“Okay, Thalaivare. Ini Deepavali, saya balik rumah, cium Amma, tunjuk kasih dan jadi anak yang baik,” katanya penuh insaf.

Tirai sketsa dilabuhkan apabila kedua-duanya berjalan beriringan ke kereta, sempat bergurau senda sebelum Anwar menitipkan ucapan penuh bermakna: “Deepavali Nalvaazhthukkal.”

Video berdurasi dua minit 23 saat yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @thedavids21 itu mencetuskan fenomena apabila meledak dengan hampir 200,000 tontonan dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Ia turut dikongsi Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R Ramanan di akaun TikTok miliknya @ybmdsrr_.

Rata-rata warga maya membanjiri ruangan komen memuji pendekatan santai pemimpin nombor satu negara itu, malah tidak kurang yang melabelkannya sebagai video perayaan paling berkesan dan 'epik' tahun ini kerana berjaya membawa mesej kekeluargaan yang tulus. - 7 November, 2026

The post PMX tular muncul ala ‘Thailavar’ gaya hero filem Tamil dalam ucapan Deepavali appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved