Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini tampil menyampaikan pesanan kepada anak-anak muda Negeri Sembilan ketika menghadiri Program Jelajah Rakan Muda di Paroi.
Beliau mengingatkan golongan belia agar tidak membiarkan politik kebencian, perkauman dan prejudis memecah-belahkan masyarakat kerana kemajuan negara hanya dapat dicapai melalui perpaduan serta sikap saling menghormati.
“Saya berpesan, usah membiarkan politik kebencian, perkauman atau prejudis memecah-belahkan kita kerana Malaysia hanya akan maju jika kita memilih perpaduan, saling menghormati dan menerima kepelbagaian sebagai satu elemen yang mengikat kita semua.”
Dalam masa sama, beliau turut menyeru anak muda supaya menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh dan mengimbanginya dengan kebijaksanaan serta nilai yang baik.
“Pada masa sama, tuntutlah ilmu bersungguh-sungguh, namun jangan dipisahkan daripada hikmah. Ilmu tanpa nilai boleh melahirkan keangkuhan, sebaliknya ilmu yang dipandu kebijaksanaan akan membentuk insan yang berakhlak, berani mempertahankan kebenaran serta berkhidmat kepada masyarakat.”
Menurut beliau, kejayaan sebenar bukan hanya dinilai melalui pangkat atau kekayaan, sebaliknya berdasarkan nilai kemanusiaan, integriti dan sumbangan kepada masyarakat.
“Akhirnya, ukuran kejayaan bukan hanya pada pangkat atau kekayaan, tetapi pada nilai kemanusiaan yang kita bawa. Jadilah generasi yang berilmu, berintegriti, berjiwa ihsan dan sentiasa memilih untuk menyatukan, bukan memecahkan.”
Beliau yakin masa depan Malaysia akan terus aman, maju dan bermaruah sekiranya generasi muda berpegang teguh kepada prinsip tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Usir Rakyat Isra*l Dari Malaysia, Ahli Kongres AS Desak Bantuan Tentera Malaysia Digantung
The post PMX Ziarah Anak Muda Di N9, Pesan Anak Muda Jauhi Politik Kebencian, Utamakan Ilmu Dan Perpaduan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


