PN Berjaya Rampas Kawasan PH, Padang Serai Dengan 16,260 Majoriti

Politics
7 Dec 2022 • 11:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kerusi Parlimen Padang Serai yang sebelum ini dikuasai Pakatan Harapan (PH) nampaknya kini menjadi milik Perikatan Nasional (PN) dalam PRU15 yang berlangsung siang tadi.

Calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak tewas dengan majoriti yang sangat besar kepada calon PN iaitu sebanyak 16,260 undi.

image is not available

Sebelum ini, PRU15 di Padang Serai terpaksa ditangguhkan susulan kematian calon PH, M Karupaiya yang juga merupakan penyandang kerusi parlimen di sini.

Parlimen ini pada awalnya membabitkan pertembungan 6 penjuru bagaimanapun Barisan Nasional membuat keputusan untuk memberi laluan kepada calon PH untuk bertanding pada 2 Disember.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media