‘PN, BN masing-masing ada parti.. PBN tu mai ikut mana?’ – Sanusi

LocalPolitics
24 Jul 2026 • 9:53 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan cadangan menggunakan istilah ‘Perikatan Barisan Nasional’ (PBN) bagi merujuk kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) hanyalah cadangan peribadi yang tidak pernah dibincangkan secara rasmi.

Menurut laporan Sinar Harian, beliau berkata, setakat ini tiada sebarang perbincangan di peringkat kepimpinan berhubung penggunaan istilah berkenaan.

“Saya pun tak pernah dengar, cuma dia syok-syok saja kot. Cadangkan, bukan ada perbincangan sampai peringkat itu pun.

“Kita ada parti masing-masing. PN ada partinya, BN ada partinya. PBN itu pula mai ikut mana? Bukan ada parti PBN. Syok-syok sahajalah. Saya anggap itu satu ‘perhiasan’ sahaja, tidak perlu dibesar-besarkan pun.

“Hal bukan dasar, orang pun tidak ada bincang, dia seorang sahaja cadang-cadang,” katanya kepada pemberita selepas Ceramah Umum Perdana PN dan BN Parlimen Jempol di Bandar Seri Jempol, malam tadi.
Image from: ‘PN, BN masing-masing ada parti.. PBN tu mai ikut mana?’ – Sanusi

Foto arkib: Malay Mail

Terdahulu, Ketua Pembangkang yang juga Presiden Parti Wawasan Negara (WAWASAN), Datuk Seri Hamzah Zainudin, mencadangkan penggunaan nama Perikatan Barisan Nasional (PBN) bagi menggambarkan kerjasama antara PN dan BN.

Menurut Hamzah, istilah itu dicadangkan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat terhadap bentuk kerjasama yang melibatkan kedua-dua gabungan politik tersebut.

Sumber: Sinar Harian (Norafidah Assan)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved