PN bukan ketandusan idea, cuti untuk makmurkan demokrasi: Rasman

Politics
8 Nov 2022 • 8:23 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA TINGGI: Perikatan Nasional (PN) Johor hari ini menyangkal dakwaan bahawa pengumuman cuti yang ditawarkan dalam manifesto gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai ketandusan idea sebaliknya adalah usaha memakmurkan demokasi dalam kalangan rakyat.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PN Johor Rasman Ithnain berkata ini kerana ada pengundi yang terpaksa melakukan perjalanan yang sambil membawa keluarga namun masih perlu bekerja pada keesokan harinya.

“Cuti dalam manifesto PN adalah penghargaan kepada pengundi. Kita hendak wujudkan dan suburkan demokrasi di tanah air kita.

“Lepas mengundi, pengundi kena balik tetapi ada negeri yang hari Ahad bekerja. Bila bagi cuti, mereka boleh luangkan masa dengan keluarga pula selepas itu,“ katanya kepada pemberita di pejabat PN di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan seorang pemimpin parti politik yang menyelar manifesto PN sebagai ‘ketandusan idea’ sehingga terpaksa memasukkan cuti umum.

Dua hari lepas, PN melancarkan manifesto yang turut menawarkan cuti umum kepada lebih 21 juta pengundi jika ia memenangi PRU15 pada 19 Nov sebagai tambahan kepada 12 tunjang utama dalam manifesto itu yang bertemakan Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang, atau PN BEST.-Bernama