PN janji 'kejutan' buat rakyat Johor, manifesto diumum dalam masa terdekat

LocalPolitics
28 Jun 2026 • 8:24 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PN janji 'kejutan' buat rakyat Johor, manifesto diumum dalam masa terdekat
Takiyuddin menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kota Bharu pada Sabtu malam. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN

KOTA BHARU - Setiausaha Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberi bayangan rakyat Johor bakal menerima beberapa tawaran menarik apabila manifesto pilihan raya melibatkan gabungan itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Menurut beliau, dokumen manifesto berkenaan kini berada di peringkat akhir sebelum dilancarkan secara rasmi sebagai tawaran kepada pengundi.

"Kita ada manifesto, akan keluar dalam tempoh terdekat," katanya semasa sidang akhbar pada Sabtu malam.

Beliau ditemui ketika menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kota Bharu yang dirasmikan Ahli Parlimen Jerantut, Khiril Nizam Khirudin.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kota Bharu itu bagaimanapun enggan memperincikan kandungan sebenar manifesto tersebut, namun memberi petunjuk akan terdapat elemen mengejutkan.

Katanya, beliau bukan individu yang bertanggungjawab secara langsung terhadap penyediaan manifesto berkenaan kerana urusan itu dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pilihan Raya parti.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung Pas itu memberitahu, pihaknya sudah membuat persediaan awal menghadapi PRN Negeri Sembilan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved